BERITA SEMASA

Individu ketiga terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.

“Mediang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.

Sebagai rekod, Ananda Krishnan yang juga individu ketiga terkaya di Malaysia merupakan Pengasas bagi Maxis Communications dan Astro Malaysia Holdings.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button