
IMU raih pengiktirafan 6 bintang, bukti kepercayaan majikan pada graduan
KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU) terus mengukir kejayaan apabila meraih pengiktirafan 6 Bintang apabila dinobatkan sebagai Juara Teladan dalam Anugerah Pilihan Majikan 2025 oleh Talentbank Graduate Employability (GE) Index baru-baru ini.
Pengiktirafan itu menandakan kepercayaan tinggi majikan terhadap kualiti dan kebolehpasaran graduan universiti tersebut.
“Kejayaan ini memperkukuhkan misi kami untuk melengkapkan pelajar bukan sekadar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga dengan keyakinan dan kebolehsuaian yang tinggi untuk cemerlang dalam pasaran kerja yang berdaya saing.
“Kami amat berbesar hati dan yakin bahawa pencapaian yang lebih cemerlang akan terus menyusul,” kata Naib Canselor IMU, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail.
Majlis anugerah yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud itu mengiktiraf kecemerlangan IMU dalam bidang Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Kiropraktik dan Bioteknologi Perubatan.
Malah, program Farmasi universiti itu turut mencatat kejayaan dua tahun berturut-turut sebagai Juara Teladan.
Penarafan tersebut berdasarkan maklum balas majikan dan pemimpin industri yang menyifatkan graduan IMU sebagai bersedia dan berdaya saing dalam dunia pekerjaan moden.
Kejayaan itu juga membuktikan komitmen IMU dalam melahirkan profesional kesihatan berkualiti tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |