
Ifa Raziah pengsan di acara festival jualan anjurannya
KUALA LUMPUR – Artis popular, Ifa Raziah dilaporkan pengsan pada acara perasmian StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Centre (KL BEC) di Sungai Besi di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku sebelum pengasas acara berkenaan membuat sidang media mengenai pelancaran festival jualan itu.
Memetik laporan portal xtra, Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors Event Sdn Bhd itu dilaporkan mengalami kepenatan melampau dengan tekanan darah tidak stabil.
Sebelum pengsan, Ifa dikatakan mengalami muntah dipercayai kerana tidak cukup rehat kerana menguruskan acara.
Sementara itu suami Ifa, Mohd Yani Abdul Rahman berkata, isterinya kini sedang dirawat kerana bacaan tekanan darah mencecah 170 dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.
Sebelum itu, StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Yang turut hadir, CEO Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Festival 80 jam tanpa henti yang bermula pada Khamis lalu akan berakhir esok.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |