
BERITA SEMASA
Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara
PUTRAJAYA – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenankan pelantikan semula itu.
Idrus, yang merupakan Peguam Negara kesembilan dilantik ke jawatan itu pada 6 Mac 2020.
Beliau kemudian dilantik semula ke jawatan itu pada Mac tahun lalu.
Sebelum menjadi Peguam Negara, Idrus pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






