BERITA SEMASA

IDF umum serangan serentak di empat wilayah Iran

BAITULMAQDIS – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serangan serentak ke atas empat wilayah di barat dan tengah Iran, semalam.

Menurut kenyataan IDF, operasi itu melibatkan kira-kira 30 jet pejuang yang menggugurkan lebih 60 peluru berpandu.

“Serangan itu menyasarkan pusat arahan peluru berpandu strategik Imam Hussein di wilayah Yazd, lokasi penyimpanan peluru berpandu jarak jauh Khorramshahr,” katanya dalam satu kenyataan.

IDF berkata, pusat kawalan peluru berpandu milik Iran itu digunakan bagi melancarkan kira-kira 60 peluru berpandu ke arah Israel.

Selain itu, beberapa pelancar peluru berpandu turut disasarkan dalam serangan di lokasi Isfahan, Bushehr dan Ahvaz.

“Antara sasaran lain termasuk kemudahan pengeluaran bateri pertahanan udara, pusat arahan dron serta lokasi penyimpanan dron milik tentera Iran,” jelasnya.

Tambah IDF, dalam serangan berasingan, sebuah pesawat tenteranya berjaya mengenal pasti kumpulan anggota Iran sedang memuatkan pelancar peluru berpandu, sebelum kesemua mereka terbunuh dalam serangan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button