
Ibu tunggal anak lima terbit dua Apps dari puncak Kinabalu
Aplikasi bina sendiri itu kini boleh dipelajari dengan melanggan sistem pembina aplikasi AMB
Oleh : MOHD HAZLI HASSAN
JARANG kita dengar ada manusia yang sanggup mendaki setinggi 4,095 meter dengan perjalanan selama dua hari hanya untuk menerbitkan aplikasi mudah alih (Apps) yang dibina sendiri.
Namun bagi Kartina Abdul Ghani, 53, seorang ibu tunggal anak lima ini, perkara itu mampu dilakukan disebabkan sistem pembina aplikasi yang digunakan mudah untuk dikendalikan walaupun di mana sahaja.
Beliau yang juga merupakan tenaga pengajar pembina aplikasi mudah alih itu ketika ini sudah lima kali sampai ke puncak Gunung Kinabalu sejak 16 Oktober lepas dan akan menghabiskan pendakian sebanyak empat kali lagi dengan sembilan pendakian secara keseluruhan.
Menurut Kartina, usaha pendakian sebanyak sembilan kali itu dilakukan bagi mentafsirkan kesungguhan beliau dalam kehidupan dan dalam masa yang sama mencari pendapatan pasif melalui pembangunan aplikasi mudah alih.
“Mungkin ramai yang fikir untuk membangunkan aplikasi mudah alih memerlukan pengetahuan pengkomputeran serta pengaturcaraan namun sistem pembina aplikasi Apps Master Builder (AMB) yang saya gunakan tidak perlu semua itu.
“Aplikasi yang dibangunkan khusus untuk saya ini hanya memerlukan kita sahaja selain ia mempunyai banyak ciri-ciri menarik bagi digunakan terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana.
“Jadi disebabkan ia mudah, saya mengambil keputusan untuk cuba menerbitkan dua aplikasi mudah alih ke Google Play Store dan saya berjaya. Malah aplikasi ini juga akan diterbitkan ke Apple App Store juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysia Tribune selepas berjaya tiba buat kali kelima ke puncak tertinggi di Malaysia itu pada pukul 6.27 pagi tadi pada Khamis.
Kartina yang kini berada di Kundasang dekat sini dijangka akan menamatkan ekspedisi pendakian sembilan kali Gunung Kinabalu pada 9 November ini.
Dalam perkembangan sama Kartina turut menyatakan bukan hanya dua aplikasi itu sahaja yang akan diterbitkan malah beliau akan menerbitkan tujuh aplikasi lagi yang seiring dengan jumlah pendakian.
“Saya mengambil kesempatan untuk membina aplikasi yang mempunyai informasi mengenai Sabah dan Gunung Kinabalu khususnya disebabkan saya dapat merasai sendiri keunikan warisan dunia ini serta berada di negeri di bawah bayu yang memberikan saya inspirasi untuk menerbitkan aplikasi mudah alih ini.
“Walaupun saya mendapat sedikit kekangan termasuk sambungan internet yang agak sukar di puncak serta keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk kelajuan angin melebihi 20 kilometer sejam, saya masih mampu untuk menerbitkan aplikasi ini di puncak Gunung Kinabalu,” katanya lagi.
Apa pun tambah beliau, kejayaan yang diperoleh adalah disebabkan bantuan daripada pasukan sokongan tujuh orang di Kundansang serta malim gunung yang memberikan kemudahan untuk beliau menerbitkan aplikasi berkaitan dengan Sabah ini.

Melalui ekspedisi ini, Kartina menambah, beliau turut menawarkan diskaun khas bagi sesiapa sahaja yang ingin mula membangunkan aplikasi dengan melanggan sistem pembina aplikasi AMB dengan harga RM197 berbanding RM408 hanya dalam waktu yang terhad.
“Mungkin nampak sedikit tetapi nilai sebenar yang mereka akan dapat ialah AS$3,432 (RM15,000) disebabkan sistem pembangun aplikasi AMB ini mempunyai lebih 30 ciri-ciri asas dan lanjutan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutama sekali usahawan kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna.
“Selain boleh memasarkan produk, mereka juga akan memperoleh pendapatan pasif daripada iklan yang dijana aplikasi mudah alih berkenaan,
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat di https://bit.ly/buat-appsmudah untuk penerangan dan langganan,” katanya.
Selepas ekspedisi Gunung Kinabalu, Kartina akan cuba melakukan pendakian beberapa kali ke Pergunungan Tatra di Poland dan Kem Pangkalan Everest di Nepal tahun depan sebelum mendaki Gunung Everest setinggi 8,848 meter pada 2026.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |