Berita Semasa

Ibu hamil antara 3 yang maut dalam nahas babitkan 2 kenderaan

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita hamil antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Mengabang Lekor, Batu Rakit, Terengganu malam tadi.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat pada 9.15 malam membabitkan Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara.

Mangsa yang maut adalah penumpang Nissan Navara, Zaini Ambak, 46, dari Kampung Rahmat di Bandar Permaisuri, Setiu serta pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, dan Nur Mimi Aliya Mohd Shukri, 18, dari Kampung Kuala Abang, Dungun.

“Kejadian dikatakan berlaku ketika Proton Wira dari arah Setiu menghala bandar Kuala Terengganu, manakala Nissan Navara dari arah pasar malam Kampung Pak Tuyu menghala Penarik, Setiu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Rahmat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Nissan Navara yang menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk.

Menurutnya, Iqwan yang memandu Proton Wira meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala penumpangnya Nur Mimi Aliya serta Zaini yang menaiki Nissan Navara dipandu suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu Nissan Navara, Rasdi Yaakob, 58, yang juga suami kepada Zaini cedera dan dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.

Sementara itu katanya, semua mayat dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button