BERITA SEMASA

Ibu bapa Zayn Rayyan perlu buat laporan jika rasa keselamatan terancam

BANDAR BAHARU – Ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diminta membuat laporan polis sekiranya berasa keselamatan mereka terancam susulan dakwaan kertas siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu ‘bocor’ di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis akan menjaga keselamatan rakyat, termasuk ibu bapa Zayn Rayyan bagi memastikan siasatan kes berjalan lancar.

“Kes ini dianggap berprofil tinggi dan perkembangan terkini dianggap sebagai memeranjatkan sesetengah pihak, tetapi pihak polis tetap mengumpul maklumat secara profesional.

“Jika ada pihak dalam kes ini, terutama keluarga berasa terancam, salurannya adalah polis, mereka kena lapor kepada polis,” katanya.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Kulim, Bandar Baharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan polis dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Berikutan itu, katanya orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau memberi andaian di media sosial sehingga menjejaskan siasatan yang dibuat.

“Seluruh siasatan berpandukan disiplin, polis tak boleh bertindak di atas persepsi atau maklumat samar, dalam kes bunuh kena ada mayat, motif dan senjata berpandukan prosedur siasatan.

“Sebab itu netizen kena elak beri komen mengganggu siasatan, pandangan yang semata-mata persepsi. Beri ruang kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkapkan siasatan terlebih dahulu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button