BERITA SEMASA

Ibu, anak dua tahun maut dalam nahas kereta di WCE

MANJUNG – Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Selatan, awal pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 5 pagi itu, mangsa, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikerahkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Wira dan Perodua Kelisa. Kesemua enam mangsa lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Namun, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Empat lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi melibatkan tujuh anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada pukul 7.10 pagi. Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button