BERITA SEMASA

Hussein dilantik Ketua Polis Selangor baharu

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pertukaran itu berkuat kuasa pada 13 Mac.

“Beliau (Hussein) akan memangku pangkat Komisioner Polis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

30 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib pada 2 Januari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button