BERITA SEMASA

Hukuman penjara, denda Najib dikurangkan separuh

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

“Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah
dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang
dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga
Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, Najib akan dibebaskan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

Namun, katanya, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos
2029.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button