BERITA SEMASADALAM NEGERI

Hujan lebat, air pasang punca banjir di lima daerah Johor

JOHOR BAHRU – Jumlah hujan yang tinggi dan fenomena air pasang dikesan menjadi punca kejadian banjir luar jangka telah menyebabkan lima daerah di Johor dilenda banjit.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daerah yang terjejas adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Kluang dengan 43 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Setakat malam tadi katanya, seramai 2,550 mangsa daripada 707 keuarga telah dipindahkan ke PPS.

“Hujan lebat luar biasa sehingga mencecah 150 milimeter (mm), berbanding purata hanya 20 mm telah menyebabkan banjir di beberapakawasan.

“Fenomena air pasang sekitar 3.0 meter turut memburukkan keadaan, mencetuskan banjir luar jangka di beberapa kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengarahkan semua agensi penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggerakkan aset dan logistik bagi mempercepatkan operasi menyelamat.

“Saya juga telah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi bagi menjamin kesejahteraan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button