BERITA SEMASA
Hujan berterusan diramal melanda empat negeri hingga Khamis
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari yang diramal berlaku di empat negeri sehingga Khamis ini.
Dalam kenyataannya semalam, METMalaysia memaklumkan cuaca tersebut diramal melanda seluruh Kelantan dan Terengganu, serta beberapa daerah di Pahang seperti Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Hulu Perak di negeri Perak.
Sementara itu, METMalaysia turut meramalkan keadaan cuaca sama melanda di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis hingga Ahad ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





