
Hujan berterusan dijangka landa beberapa daerah Sarawak sehingga Rabu
KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa daerah di Sarawak di minta berjaga-jaga susulan amaran tahap waspada hujan berterusan dijangka melanda sehingga Rabu ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, pihaknya menjangkakan situasi itu berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
Susulan itu, mereka yang ingin mendapatkan situasi cuaca terkini boleh melayari laman web rasmi MetMalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Terdahulu, setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak kekal seramai 12,321 orang daripada 3,685 keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di 63 PPS di seluruh Sarawak.
Kelmarin, MetMalaysia menjangkakan beberapa lagi luruan monsun yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak.
Mohd Hisham dilaporkan berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kelaziman kerana luruan angin antara Februari dan Mac akan menghala ke dua negeri berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |