BERITA SEMASA

Hubungan Malaysia-AS perlu disusun berdasarkan diplomasi pintar – TPM

KUALA LUMPUR – Keterlibatan diplomatik Malaysia di Amerika Syarikat (AS) perlu disusun dengan teliti berteraskan diplomasi pintar dan berpaksikan kepentingan nasional secara holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal itu penting kerana AS merupakan salah satu kuasa ekonomi utama dunia yang turut menyaksikan dinamik pentadbiran yang berbeza.

Beliau mengungkapkan perkara tersebut ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke AS yang baharu dilantik, Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

“Pertemuan ini turut membincangkan secara umum mengenai kepentingan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan AS khususnya dalam sektor pelaburan, keselamatan, teknologi serta hubungan strategik pelbagai dimensi yang dijangka dapat memberikan manfaat bersama,” jelas Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook semalam.

Dalam hantaran yang sama, Ahmad Zahid turut mendoakan agar Muhammad Shahrul Ikram diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan amanah besar itu serta terus cemerlang dalam membawa suara dan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button