BERITA SEMASA

Hsien Loong beri penghormatan terakhir kepada bekas rakan sejawat

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong memberi penghormatan terakhir kepada bekas rakan sejawatnya dalam Upacara Pengebumian Negara mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura, beliau ditemani isterinya, Ho Ching serta pegawai-pegawai dari Kementerian Ehwal Luar.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Allahyarham Abdullah akan diberikan penghormatan melalui Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Penghormatan terakhir akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negara dari jam 11 pagi hingga 1 petang waktu tempatan dan upacara pengebumian akan berlangsung selepas solat Zohor.

Semua bangunan dalam radius 2 kilometer dari Masjid Negara juga diarahkan mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang sehingga selesai upacara pengebumian.

Bergelar Perdana Menteri kelima Malaysia pada tahun 2003, Abdullah yang juga dikenali mesra sebagai Pak Lah, meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun.

Menantu kepada Allahyarham, Khairy Jamaluddin dalam satu di media sosial sebelum itu memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button