‘Houseboat’ di Tasik Kenyir terbakar, pengusaha rugi RM3 juta
HULU TERENGGANU – Pembukaan bulan Ramadan menjadi detik duka bagi seorang pengusaha pelancongan apabila houseboat atau rumah bot yang diusahakan di Tasik Kenyir di sini musnah dijilat api.
Shaheezam Abu Hasan,47, berkata, kebakaran pada pukul 9.94 malam semalam itu melibatkan sebuah rumah bot, tujuh buah jetsiki dan tiga bot laju dianggarkan bernilai RM3 juta.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur manakala empat lagi pekerjanya pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama puasa itu.
“Selepas menerima berita itu saya terus bergegas pulang dari Kuala Lumpur dan tiba di Kenyir pada pukul 4 pagi.
“Semua musnah sekelip mata. Rumah bot yang saya usahakan musnah semua sekali dalam kejadian itu,” katanya.
Shaheezam berkata, rumah rakit tersebut sudah diusahakan sejak lapan tahun lalu dengan kos pembinaannya kira-kira RM3 juta.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Anuar Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran berkenaan.
Beliau berkata, rumah rakit yang seluas kira-kira 11.15 x 6.5 meter persegi dan mempunyai 14 buah bilik musnah sepenuhnya akibat kebakaran tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








