
Hotel Ideas tawar lebih 250 menu bufet Ramadan
KUALA LUMPUR – Perjalanan gastronomi melalui tradisi sepanjang bulan Ramadan kali ini, Hotel Ideas di sini menyajikan lebih 250 menu juadah berbuka puasa bertemakan Selera Warisan.
Eksekutif Sous Cef hotel tersebut, Zam Zuhardee berkata, bagi tempahan awal, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM115 seorang dan tawaran tersebut sedang berlangsung sehingga 11 Mac ini.
Lebih istimewa katanya, kali ini hotel tersebut turut menampilkan Cef Selebriti Sabri Hassan sebagai cef jemputan dan persembahan ghazal.
“Setiap tahun kami menawarkan pengalaman menarik untuk semua daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa serta warga emas,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Cef Zam berkata, konsep tahun ini masih menggunakan gerai-gerai untuk menyajikan hidangan daripada pelbagai kategori seperti gorengan istimewa durian tempura, sup “gearbox” dan pelbagai jenis pizza, kuih-muih, apam balik, cendol, ABC serta air minuman.
“Menu lauk-pauk warisan pula adalah daging Palembang, asam pedas ekor, nasi mandy, nasi berempah,sup kambing, kambing Kashmiri dan dim sum,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Ideas Hotel, Azman berkata kelainan tahun ini adalah dengan adanya pelbagal gerai makanan yang membolehkan pelanggan mencuba setiap juadah yang disediakan.
“Kita juga mengalu alukan pembelian secara pukal dan berkumpulan minimum 50 orang dan harga istimewa RM105 ditawar seorang bagi dewasa, untuk tempahan awal hanya rm115 berbanding dengan harga biasa RM159 dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak,” katanya.
Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi 016-7129546.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |