BERITA SEMASAAUTOMOTIF & TEKNOLOGI

Honda, Nissan, Mitsubishi Motors meterai MoU

TOKYO – Nissan Motor Co Ltd (Nissan), Honda Motor Co Ltd (Honda) dan Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) hari ini memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka kemungkinan pembabitan, penyertaan serta perkongsian sinergi berkaitan integrasi perniagaan melalui penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama.

Ketiga-tiga pembuat kenderaan itu, dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka telah mencapai persetujuan asas untuk meneruskan perbincangan berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan dalam MoU yang ditandatangani oleh Nissan dan Honda pada 1 Ogos lau.

Seperti yang digariskan dalam MoU berkenaan, sinergi tersebut akan menumpukan kepada kerjasama strategik dalam bidang kepakaran dan elektrifikasi.

“Mitsubishi Motors telah turut serta dalam kerangka kerja ini, dan ketiga-tiga syarikat sedang melanjutkan perbincangan,” kata kenyataan itu.

Berikutan persetujuan antara Nissan dan Honda, ketiga-tiga pengeluar kenderaan terkemuka itu sedang mempertimbang rancangan integrasi perniagaan melalui penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama di tengah-tengah perubahan besar dalam persekitaran industri automotif.

“Ketiga-tiga syarikat ini telah bersetuju untuk meneroka kemungkinan pencapaian sinergi pada tahap yang lebih tinggi melalui pembabitan atau penyertaan Mitsubishi Motors dalam integrasi perniagaan ini.

“Mitsubishi Motors berhasrat untuk mencapai keputusan mengenai penyertaannya dalam integrasi perniagaan antara Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button