Berita SemasaDalam Negeri

Honda dahului senarai kenderaan paling banyak dipanggil balik

KUALA LUMPUR – Model Honda Civic dan CRV keluaran 2022 hingga 2024 menjadi jumlah kenderaan tertinggi yang dipanggil semula oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalani pemeriksaan semula bagi tujuan keselamatan.

Antara kenderaan lain yang dipanggil semula oleh sebab kecacatan pada struktur, peralatan atau juga sistem itu termasuk Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah kenderaan Honda yang terlibat dalam 41,688 panggilan semula itu adalah 36,678 unit kenderaan diikuti dengan model Kia Sorento XM berjumlah 4,245.

“Setiap pemilik kenderaan yang terbabit akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

“Oleh itu, semua pemilik kenderaan model yang terbabit adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses panggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Aedy berkata, bagi penukaran komponen yang terlibat dengan isu-isu keselamatan, kos akan ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan terbabit.

Katanya, maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diperolehi di mana-mana pusat/perkhidmatan masing-masing.

Tambahnya, JPJ akan memantau pelaksaan pemanggilan semula itu dan akan memastikan kesemua unit kenderaan yang terbabit akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button