
Hina undang-undang LGBT Malaysia: Fahmi kecam vokalis kumpulan The 1975
SEPANG – Menteri Komunikasi dan Digital, Mohd Fahmi Fadzil mengecam tindakan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang melakukan aksi biadab dengan mencium pemain bass kumpulan itu sewaktu persembahan mereka pada Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Tegas Fahmi, tindakan mencium pemain bass itu yang juga seorang lelaki adalah satu tindakan yang sangat biadab.
Katanya, beliau akan memanggil penganjur festival berkenaan hari ini untuk memberi penjelasan.
“Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter miliknya hari ini.
Semasa persembahan, Matty telah membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium Ross McDonalds di atas pentas.

“Saya tak nampak alasan kenapa mengajak kami The 1975 ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami patut lakukan hubungan seks,” katanya.
Bagaimanapun, ketika dipertengahan persembahan, pentas tiba-tiba bertukar gelap sebelum Matty yang dalam keadaan marah memaklumkan mereka telah disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






