BERITA SEMASALUAR NEGARA

Hina Rasulullah: Penyanyi Rap Iran dihukum mati

TEHRAN – Penyanyi rap terkenal Iran, Amir Hossein Maghsoudloo, yang lebih dikenali sebagai Tataloo, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Agung Iran atas tuduhan menghina Nabi Muhammad.

Keputusan ini dibuat setelah mahkamah menerima bantahan pendakwa raya terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan sebelumnya.

Tataloo, 37, yang menetap di Istanbul sejak 2018 diserahkan kepada pihak berkuasa Iran oleh polis Turki pada Disember 2023 dan ditahan sejak itu.

Selain tuduhan menghina Nabi, Tataloo juga didakwa mempromosikan ‘pelacuran’, menyebar propaganda terhadap Republik Islam itu dan menerbitkan kandungan lucah.

Amir Hossein Maghsoudloo yang menetap di Istanbul kini dibicarakan di negara asalnya, Iran.

Bagaimanapun, hukuman yang dihadapinya masih boleh dirayu.

Tataloo sebelum ini pernah menarik perhatian apabila bertemu dengan Presiden Iran yang ultra-konservatif, Ebrahim Raisi, pada tahun 2017.

Beliau juga menerbitkan lagu pada tahun 2015 yang menyokong program nuklear Iran.

Iran merupakan salah satu negara dengan jumlah pelaksanaan hukuman mati tertinggi di dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 900 orang telah dihukum mati di negara itu pada tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button