BERITA SEMASA

Hina Nabi: Pegawai farmasi ditahan, direman hingga esok

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam ditahan selepas didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang mendakwa terbaca komen menghina tersebut pada 18 Mac lalu.

Katanya, pengadu mengatakan komen tersebut dibuat individu, Khor Soon Keat didakwa menghina Nabi Muhammad.

“Malah, kenyataan itu turut disokong seorang lagi pengguna Facebook, Chelvi Kolan. Kedua-dua komen itu adalah respon kepada kenyataan awal oleh pengguna bernama Zam Kai.

“Susulan itu, kita telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga pegawai farmasi direman dua hari hingga esok.

“Siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button