
Suria FM terbit drama raya ‘Hayati’, angkat isu kesihatan mental
PETALING JAYA – Suria FM buat julung kalinya menerbitkan sebuah drama raya bertemakan kesihatan mental berjudul Hayati, yang mengetengahkan nilai kekeluargaan dalam kalangan pesakit mental serta mengajak masyarakat lebih menghargai golongan tersebut.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, drama raya kali ini merupakan produksi terbesar yang pernah diterbitkan oleh stesen radio berkenaan sejak 2019.

“Penggambaran Hayati mengambil masa tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan kebanyakan babak dirakam pada waktu malam hingga awal pagi.
“Cabaran terbesar adalah babak melibatkan sebuah bas yang memerlukan tiga hari untuk diselesaikan, selain faktor cuaca yang tidak menentu turut memberi kesan kepada proses penggambaran,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Mutiara Damansara, semalam.

Menurut DJ Lin, idea dan skrip drama itu mula dirangka sejak September 2024, sebelum penggambaran dijalankan bulan lalu di beberapa lokasi di ibu negara.
Drama Hayati mengisahkan tragedi kemalangan yang mengubah kehidupan individu terlibat, memaksa mereka menempuh perjalanan penyembuhan yang penuh cabaran.

Selain menampilkan barisan penyampai Suria FM, drama tersebut turut dibintangi pelakon terkenal seperti Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Anas Ridzuan dan Hawra Jamalullail.
Hayati akan mula ditayangkan di Facebook Suria FM dan YouTube Suria TV bermula hari ini pukul 12 tengah hari.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |