80 pendengar setia diraikan di Rumah Terbuka SINAR FM
KUALA LUMPUR – Seramai 80 pendengar setia radio SINAR FM diraikan dalam suasana penuh meriah pada satu majlis eksklusif yang berlangsung di Tamu Hotel, Kuala Lumpur semalam.
Istimewanya, majlis itu turut mendapat sentuhan istimewa daripada jenama penjagaan diri terkenal, FOLLOW ME yang memeriahkan sambutan Syawal bersama para peminat stesen radio tersebut.
Kehadiran penyampai popular SINAR FM seperti Ray, Kak Sheera, Falyq, Hefny, Dina, Roy Azman dan Haiqal menjadikan majlis bertambah ceria dengan sesi bergambar dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Pengurus Jenama SINAR FM, Zureen Affendi berkata, rumah terbuka itu menjadi medan terbaik untuk merapatkan hubungan antara pendengar, penyampai dan warga kerja di sebalik tabir di samping meraikan Syawal dalam suasana penuh muhibah.
“Kesemua pendengar ini dipilih melalui penyertaan di laman web rasmi SINAR yang mana mereka perlu menjawab beberapa soalan dan berkongsi sebab mengapa mereka layak diraikan.
“Sambutan amat menggalakkan dan rata-rata jawapan yang diberikan sangat mengesankan,” katanya.

Lebih menarik, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi legenda, Datuk Nash dan Ramlah Ram yang menghiburkan para tetamu dengan alunan suara memukau.
Zureen turut merakamkan penghargaan kepada FOLLOW ME atas kerjasama dalam penganjuran majlis tersebut dan berharap kolaborasi seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Kami juga berterima kasih kepada semua pendengar yang sudi meluangkan masa untuk bersama kami.
“Sokongan anda semua adalah nadi yang menghidupkan SINAR FM, bukan sahaja di udara tetapi juga di platform digital kami,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






