BERITA SEMASA

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan rumah terbuka KPKM – Mohamad Sabu

PUTRAJAYA – Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang bakal memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, lebih istimewa apabila penyanyi terkenal itu bakal menghiburkan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu terkenal dendangannya. 

“Pagi ini, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat lama saya, ibu Hetty Koes Endang, bersama suaminya. Dengan penuh rasa hormat dan mesra, mereka menyatakan keinginan untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 KPKM.

“Lebih menggembirakan, ibu Hetty juga sudi untuk menyumbangkan beberapa buah lagu di majlis tersebut tanpa sebarang bayaran, satu penghargaan yang amat kami hargai,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima panggilan daripada Hetty Koes Endang yang akan hadir memeriahkan majlis rumah terbuka KPKM esok.

Tambahnya, beliau telah mengenali penyanyi itu sejak sekian lama dan sering mengunjungi mereka apabila berkunjung ke negara jiran itu.

“Bagi yang mungkin belum mengetahui, hubungan persahabatan antara keluarga kami telah terjalin sekian lama. Setiap kali saya berkunjung ke Jakarta, rumah beliau akan menjadi tempat persinggahan saya.

“Begitu juga apabila beliau berada di Kuala Lumpur, rumah kami pula menjadi tempat beliau bertamu. Begitulah eratnya ukhuwah yang terjalin antara kami sekeluarga.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ibu Hetty dan suami atas keikhlasan dan kesudian mereka untuk bersama-sama memeriahkan majlis nanti,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button