Berita SemasaHiburanLuar Negara

Heroin Meteor Garden meninggal dunia

TAIPEI – Pelakon terkenal Taiwan, Barbie Hsu dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat radang paru-paru.

Media tempatan yang memetik kenyataan adik mendiang, Dee Hsu berkata, kakaknya dijangkiti influenza sewaktu cuti Tahun Baharu Cina, minggu lepas.

“Seluruh keluarga kami pergi bercuti ke Jepun, dan kakak saya yang tersayang, Barbie Hsu, meninggal dunia akibat radang paru-paru yang disebabkan oleh influenza.

“Saya bersyukur kerana dapat menjadi adiknya dalam kehidupan ini, kerana kami dapat menjaga satu sama lain dan meluangkan masa bersama. Saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya dan merinduinya selama-lamanya,” kata Dee yang juga berkecimpung dalam bidang penyiaran sebagai pengacara rancangan bual bicara.

Mendiang, 48, meninggalkan suaminya, penyanyi dan DJ dari Korea Selatan, Koo Jun-yup, serta seorang anak perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, ahli perniagaan China, Wang Xiaofei.

Mendiang paling dikenali sebagai watak utama dalam drama Taiwan, Meteor Garden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button