BERITA SEMASA

Henti sebar fakta didakwa maklumat siasatan kes Zayn Rayyan – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu.

Menurut suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang menyebarkan fakta didakwa sebagai maklumat siasatan berkaitan kes Zayn Rayyan kepada umum.

“Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes.

“(Sehubungan itu) MCMC juga sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk penurunan kandungan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MCMC turut menasihatkan pengguna media sosial supaya memadam hantaran atau sebarang komen berkaitan kes berkenaan yang boleh menimbulkan spekulasi.

“Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, serta denda lanjutan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan,” kata MCMC lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button