HIBURANBERITA SEMASA

Headwind, SYJ antara band yang bakal gegar Hari Rock Negara 8 September ini

KUALA LUMPUR – Suasana Dataran Merdeka bakal bergema dengan deruan muzik rock pada 8 September ini apabila Hari Rock Negara 2024 berlangsung sebagai salah satu acara utama dalam Fiesta Belia Merdeka.

Program ini diadakan untuk mengiktiraf sumbangan besar artis dan band rock tempatan yang telah mencorak industri muzik Malaysia sejak era 1960-an.

Pengasas Hari Rock Negara yang juga pemain gitar utama kumpulan The Pilgrims, Kom batt berkata, acara itu bakal menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan antara artis lama dan baharu, serta memberikan peluang kepada peminat rock untuk bertemu dengan idola mereka.

“Hari Rock Negara ini dianjurkan dengan kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk belia negara, menawarkan lebih daripada sekadar persembahan muzik.

“Ia turut bertujuan untuk menggalakkan artis-artis rock mempromosikan karya dan produk mereka, di samping membina hubungan yang lebih kukuh sesama mereka,” katanya ketika dihubungi Malaysia Tribune hari ini.

Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Pramaya, Penunggu, Rockabelly, Kugiran Di Tepi Pantai, Headwind, dan SYJ serta tidak ketinggalan, kumpulan Gerhana Ska Cinta yang akan memeriahkan pentas dengan persembahan mereka.

Kom Batt berkata, selain persembahan muzik Hari Rock Negara 2024 juga akan menampilkan Forum Ilmiah bertajuk “Rock dan Islam” yang akan mengupas isu hubungan antara muzik rock dan agama dalam konteks moden.

“Forum itu akan menampilkan penceramah seperti Zulkif daripada Headwind dan Amir daripada SYJ, dengan Bob Ringgo daripada Suria FM bertindak sebagai moderator.

“Fiesta Belia Merdeka 2024 yang berlangsung sepanjang hari dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk para belia,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang dijangka mencuri tumpuan termasuk Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya oleh PERKESO dan Bike Show yang akan mempamerkan kreativiti serta inovasi dalam dunia permotoran.

Forum Belia Berisiko yang membincangkan “Peluang Kedua” dengan menampilkan Izzad Daniel sebagai panel turut menjadi acara yang dinanti-nantikan.

Kom batt turut memaklumkan, pada acara itu akan ada pertandingan filem pendek untuk menonjolkan kreativiti belia dalam menyampaikan mesej kemerdekaan dan patriotisme.

“Sokongan penuh terhadap acara itu turut diberikan oleh tokoh-tokoh penting negara, termasuk Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, selain hiburan, pelbagai aktiviti lain seperti pameran permotoran, cabutan bertuah, persembahan artis jemputan, gerai usahawan muda, dan pameran agensi kerajaan akan turut diadakan.

“Fiesta Belia Merdeka 2024 bukan sahaja menjanjikan hiburan tetapi juga memberikan peluang kepada belia untuk menunjukkan bakat mereka dan menyemai semangat patriotisme,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Fiesta Belia Merdeka di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button