
Harimau Malaya terima suntikan semangat daripada Tunku Mahkota Ismail
KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat apabila menerima kunjungan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Pusat Latihan Seri Gelam, di Johor Bahru, malam tadi.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Facebook Malaysia NT, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bertemu pemain-pemain Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan.
“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke sesi latihan keempat skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi.
“Baginda turut bertemu pemain-pemain Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook yang turut dikongsikan FAM.
Dalam hantaran sama, Tunku Mahkota Ismail turut dilihat berbual mesra dengan pemain kebangsaan, Faisal Halim yang sebelum ini dipanggil untuk memperkuat pasukan kebangsaan.
Faisal yang merupakan pemain sayap Selangor FC terpaksa berehat panjang susulan kecederaan dialaminya akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di ibu negara pada Mei tahun lalu.
Untuk rekod, skuad negara di bawah bimbingan Peter Cklamovski sedang rangka persiapan untuk berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.
Selain Nepal, skuad Harimau Malaya akan berdepan Laos dan Vietnam yang juga berada dalam Kumpulan F di mana hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi nanti.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |