Hari Penguatkuasaan dan Kawalan beri peluang orang ramai fahami fungsi Bahagian PK KDN dengan lebih dekat
PUTRAJAYA – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menganjurkan Sambutan Hari Penguatkuasaan dan Kawalan di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini hari ini.
Program ini dianjurkan dengan tujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai peranan dan fungsi Bahagian PK KDN dengan lebih dekat.

Dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha, Bahagian PK KDN, Ruhaidi Azmi, majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Surau Putra Al-Amin, Ustaz Zakaria Othman; dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3 (MPPSZ3) Putrajaya, Zarina Ismail.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 pelajar tahfiz dan penduduk berdekatan.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya rewang dan agihan bubur lambuk, pertandingan mewarna serta pameran dan perkhidmatan daripada pelbagai jabatan dan agensi.
Selain itu, turut diadakan tasmik al-Quran yang memperlihatkan kecintaan kita terhadap ilmu dan al-Quran, kaunter zakat yang memberi peluang untuk beramal, dan cabutan bertuah bagi lebih memeriahkan suasana.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |