BERITA SEMASADALAM NEGERI

Harga diesel naik 5 sen di Semenanjung

PUTRAJAYA – Harga diesel di Semenanjung Malaysia naik 5 sen kepada RM3.18 seliter bermula esok manakala harga petrol RON95 dan RON97 kekal pada RM2.05 dan RM3.43 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula tidak berubah, kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel berdasarkan pergerakan harga minyak global serta memastikan kestabilan harga bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Harga baharu ini berkuat kuasa sehingga 5 Februari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button