
Harga benih padi: KPKM akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR – Kementerian <span;>Lembaga Pertubuhan Peladang (KPKM) akan mengadakan perbincangan bersama pegawai kementerian bagi meneliti isu harga benih padi yang dibangkitkan oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH).
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian memandang serius perkara tersebut dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Kita akan berbincang dengan pegawai kementerian berkenaan isu ini dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang 2025, hari ini.
Terdahulu, PeSAWAH menggesa agar KPKM segera menyemak semula harga benih padi bagi Musim 1/2025 susulan penurunan ketara harga pasaran padi semasa.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, harga kawalan benih padi yang ditetapkan pada RM58 bagi setiap beg 20 kilogram ketika harga padi mencecah RM1,800 satu tan metrik kini dilihat tidak lagi sesuai.
“Sekarang ini harga padi hanya sekitar RM1,500 satu tan metrik. Jika sebelum ini alasan kenaikan harga benih adalah berdasarkan harga belian padi, maka apabila harga padi turun, harga benih juga sepatutnya diturunkan,” ujarnya.
Tambahnya, PeSAWAH mencadangkan agar harga benih padi dikurangkan kepada RM35 bagi meringankan beban pesawah yang kini berdepan pelbagai tekanan kos.
“Kenaikan kos sara hidup, penghapusan subsidi diesel dan peningkatan kos operasi pertanian amat menekan pesawah.
“Penurunan harga benih adalah penting bukan sahaja untuk mengurangkan beban mereka, malah sebagai langkah menyokong kesinambungan pengeluaran makanan negara,” katanya lagi.
PeSAWAH turut berharap agar Ketua Pengarah Bahagian Padi dan Beras dapat mengambil tindakan segera demi kelangsungan sektor pertanian serta kesejahteraan pesawah di seluruh negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |