Berita Semasa

Hanya dua rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Norway – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Hanya dua rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet di Norway pada 26 Disember lalu.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua individu itu mengalami kecederaan ringan dan dikategorikan sebagai kes ‘tanpa kecederaan’ oleh pihak berkuasa Norway.

“Mereka berada dalam keadaan sihat. Mereka telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Mengenai laporan terdahulu yang mengatakan empat rakyat Malaysia terlibat, Wisma Putra berkata, wujud salah faham menyebabkan maklumat yang tidak tepat disampaikan.

Katanya, terdapat dua lagi warga Malaysia yang sememangnya menginap di hotel yang sama, namun mereka bukanlah sebahagian daripada kejadian itu.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terbabit.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari pada 26 Disember lalu, sebuah bas yang membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine dilapor hilang kawalan lalu terbabas susulan cuaca buruk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button