Berita SemasaSukan

Hans Isaac umum letak jawatan Pengerusi PSM

KUALA LUMPUR – Datuk Hans Isaac mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menjawat jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), jawatan yang telah disandangnya selama dua tahun.

Berita mengejutkan itu disampaikan oleh Hans melalui satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau menzahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas peluang yang diberikan.

“Setelah dua tahun (20 Mac 2025) memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), saya ingin berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan juga Timbalan Menteri KBS, saudara YB Adam Adli untuk peluang yang diberikan pada saya.

“Tak lupa juga pada Ahli Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Hans turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Illyas Jamil dan barisan tenaga kerja agensi berkenaan.

“Dengan 20 hasil dan cerita kejayaan dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan saya, saya gembira untuk mengatakan barisan ahli lembaga sudah memberikan yang terbaik untuk PSM dan semua pencapaian yang dilakar.

“Sudah tiba masa untuk saya menerima cabaran baharu di mana harapnya ia akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya.

Sejak memegang jawatan sebagai Pengerusi PSM, Hans berjaya memastikan entiti itu pendapatan tertinggi sebanyak RM10.64 juta pada tahun 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button