
Hannah anak YTL: Razman lapor polis akaun Facebook sebar berita palsu
KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membuat laporan polis terhadap akaun Facebook ‘Harakatdaily HD’ yang didakwa menyebarkan berita palsu berkait kontroversi membabitkannya.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Perak itu mendakwa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan dakwaannya yang Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd.
Beliau juga menepis hantaran akaun Facebook itu yang menyertakan gambarnya dan menulis: “Saya dah periksa akaun derma bank PAS, banyak lagi peruntukan untuk bayar saman.”

“Saya menafikan hantaran berita itu dan tidak pernah membuat kenyataan seperti didakwa.
“Saya memohon polis menyiasat pemilik akaun Facebook itu dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) .
Razman berkata laporan itu juga dibuat kerana tidak mahu akaun media palsu menyebarkan fakta tidak sahih dan meminta pihak berkuasa mengawalnya.
Isnin lalu, Razman memohon maaf kepada Yeoh dan pihak terkesan dengan ucapannya mengaitkan pemimpin DAP dengan itu dengan keluarga Yeoh yang memiliki YTL.
Razman juga menyuarakan rasa kecewa dengan liputan media yang didakwanya hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.
Ucapan itu dibuat dalam program Gerak Muafakat Perak yang diadakan selama tiga hari membabitkan tiga dewan utama PAS.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |