BERITA SEMASADALAM NEGERI

Halangan lalu lintas, DBKL keluarkan 161 notis tawaran kompaun

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh buah kenderaan ditunda, empat premis penjaja disita dalam Operasi Bersepadu Halang Siri 5 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota pada malam hujung minggu yang lalu.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan yang membuat halangan dan ingkar isyarat lalu lintas.

Operasi digerakkan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan.

Anggota penguatkuasa mengeluarkan 161 notis tawaran kompaun kepada pesalah trafik.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 161 Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang telah dikesan semasa operasi tersebut.

“Manakala sebanyak 7 buah kenderaan telah ditunda dan 4 penjaja tanpa kebenaran telah disita serta-merta,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut;
https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button