BERITA SEMASADALAM NEGERI

Halang penguatkuasa MBI, kerajaan negeri Perak arah siasatan segera

IPOH – Kerajaan negeri mengarahkan siasatan segera berhubung insiden kekecohan yang tular melibatkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh dan orang awam di sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, maklumat lengkap berhubung kejadian itu sedang dikumpul sebelum tindakan susulan diambil bagi menangani isu tersebut.

Menurut beliau, langkah segera akan diambil bagi menjernihkan keadaan dan meminta semua pihak bersabar sehingga siasatan selesai.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini bukanlah isu perkauman. Oleh itu, semua pihak diminta supaya tidak menimbulkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat.

“Kerajaan negeri akan mengambil langkah segera bagi menjernihkan keadaan. Saya menghargai kesabaran semua pihak sementara siasatan dijalankan,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Melalui satu video yang dimuat naik di media sosial, berlaku kekecohan dan pergaduhan antara anggota penguatkuasa MBI bersama orang awam dipercayai pekerja di restoran terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button