
Hadi Awang dikejarkan ke hospital, anak mohon adakan solat hajat
MARANG – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya sedikit merosot.
Menurut anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, tahap kesihatan Ahli Parlimen Marang itu merosot sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lagi.
‘Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Menurut Muhammad Khalil lagi, tahap kesihatan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sudah merosot ketika pelancaran jentera pilihan raya di Terengganu baru-baru ini.
“Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.
“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |