Berita Semasa

Hadi Awang dibenar keluar hospital

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar hopsital hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Yusuf Abdul Hadi dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda bertambah baik dan dibenarkan utk keluar dari hospital pada hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kpd seluruh warga HSNZ yang memberikan khidmat terbaik dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda Tuan Guru,” katanya.

Semalam, seorang lagi anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, memaklumkan tahap kesihatan Ahli Parlimen Marang itu merosot sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lagi.

Muhammad Khalil juga memohon orang ramai berdoa dan mengadakan solat hajat khusus untuk kesembuhan ayahnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button