Berita SemasaLuar Negara

Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berlaku di bahagian utara Sumatera, Indonesia pada pukul 3.49 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu direkodkan pada ukuran 5.6 magnitud.

“Ia berpusat pada koordinat 2.0° Utara dan 96.7° Timur, iaitu sekitar 125 kilometer ke tenggara Simeulue, Indonesia.

“Kedalaman gempa dianggarkan sekitar 32 kilometer di bawah permukaan bumi.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu,” menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat sahih daripada MetMalaysia melalui saluran rasmi seperti laman sesawang mygempa.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih MyCuaca.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button