BERITA SEMASA

Gempa bumi lemah landa Segamat, gegaran dirasai di Johor, selatan Pahang

KUALA LUMPUR – Satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Johor pada pukul 8.59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berpusat pada koordinat 2.33 darjah Utara dan 102.79 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 18 kilometer di selatan Segamat.

Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor serta sebahagian kawasan di selatan Pahang.

“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan gempa bumi ini dan makluman terkini akan dikeluarkan sekiranya terdapat perubahan.

“Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan berikut: https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7,” katanya.

Terdahulu, Johor turut merekodkan dua kejadian gempa bumi lemah pada Ahad lalu, masing-masing berlaku pada pukul 6.13 pagi dan 9 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor, Noorazhar Ngatimin berkata, kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dilepaskan secara tiba-tiba sehingga mencetuskan gempa bumi.

Beliau menjelaskan, semakan awal peta geologi mendapati pusat gempa Segamat yang berlaku Sabtu lalu terletak berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing yang berorientasi Barat-Barat Laut hingga Timur-Tenggara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button