BERITA SEMASA

Gempa bumi lemah di Kalimantan dirasai di Sabah

KUALA LUMPUR – Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.8 magnitud direkodkan berlaku di utara Kalimantan pada pukul 6.37 petang tadi dan berkemungkinan turut dirasai di bahagian selatan Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu dikesan pada jarak 227 kilometer dari selatan bahagian Sapulut.

“Kedudukan pusat gempa adalah 2.5 darjah utara dan 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer serta 227 kilometer selatan dari Sapulut, Sabah,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button