
Berita Semasa
Gempa bumi kuat goncang utara laut Maluku
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda kawasan utara Laut Maluku pada awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 5.03 pagi.
Pusat gempa dikesan berada pada kedudukan 2.1 darjah utara dan 126.8 darjah timur, kira-kira 160 kilometer (km) ke barat laut dari Ternate, Indonesia.
“Gempa itu berlaku pada kedalaman 10km,” ujarnya.
MetMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami dijangka untuk Malaysia.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |