
Gempa bumi Jepun: PM, isteri rakam ucapan takziah
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah dan simpati dengan tragedi gempa bumi kuat yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.
Anwar turut mendoakan supaya mereka yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar ini.
“Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.
“Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.
“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Terdahulu menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) empa utama berlaku pada jam 4:10 petang waktu tempatan (0710 GMT) pada kedalaman cetek, mencatat maksimum 7 pada skala intensiti seismik Jepun di Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa.
JMA telah secara rasmi menamakannya sebagai Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.
Terdapat enam kes orang awam yang tertimbus selepas rumah runtuh, di Wajima, wilayah Ishikawa, di mana kebakaran berskala besar berlaku selepas gempa bumi itu, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi dalam sidang media kecemasan.
Hayashi berkata, kebakaran berlaku pada transformer di stesen kuasa nuklear Shika Hokuriku Electric Power Company di Wilayah Ishikawa, dan menambah kata bahawa kebakaran itu telah dipadamkan dan tidak ada impak ke atas loji nuklear itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |