Berita Semasa

Gempa bumi di Indonesia, penduduk di beberapa kawasan di Malaysia alami gegaran

PUTRAJAYA – Beberapa kawasan di Malaysia mengalami gegaran susulan berlakunya kejadian gempa bumi di Luar Pantai Barat Sumatera Utara subuh tadi.

Bagaimanapun menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, kejadian tersebut tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Gempa bumi sederhana telah berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 6. 22 pagi tadi pada koordinat1.8° utara dan 99.2° timur dengan magnitud 5.1 pada jarak 41km timur dari Sibolga, Indonesia,” katanya hari ini.

Katanya, gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila warga maya berkongsi mengenai kejadian gegaran yang berlaku pada Subuh tadi.

Gempa bumi itu dilaporkan oleh European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) pada jam 10.23 UTC (sekitar 6.23 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu, berdasarkan semakan di laman X Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), beberapa gempa bumi dilaporkan berlaku di negara itu sejak awal malam tadi.

Antaranya termasuk dua gegaran berturut-turut yang berlaku dalam selang beberapa minit di kawasan Sibolga pada jam 6:24 pagi dan di Rantau Timur pada jam 1:42 pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button