‘Fokus kuatkan Brainy Bunch 100%’ -Fadzil Hashim
CYBERJAYA – Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, mengumumkan beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengukuhkan institusi pendidikan itu susulan setelah penutupan Malakat Mall semalam.
Dalam kenyataannya, Mohd Fadzil berkata, keputusan tersebut dibuat selepas percubaan untuk memulihkan Malakat Mall selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berjaya, menyebabkan penutupan mall tersebut, namun beliau akan memberi fokus kepada Brainy Bunch agar tidak menerima nasib yang sama.
“Kepada semua Team Brainy Bunch dan ibu ayah Brainy Bunch, susulan keputusan saya untuk menutup Malakat Mall setelah usaha untuk cuba memulihkannya selepas PKP tidak berjaya, saya akan fokus kepada usaha menguatkan Brainy Bunch,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
Beliau turut menjelaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dibincangkan dengan pihak KWSP dan bayaran ansuran serta komitmen untuk memastikan caruman semasa dibayar telah dipersetujui.
“Tunggakan KWSP telah pun dibincangkan dengan pihak KWSP dengan bayaran ansuran dan komitmen untuk memastikan caruman semasa dibayar,” kata beliau.
Fokus utama Mohd Fadzil kini adalah kerja menaik taraf kampus-kampus lama Brainy Bunch dan meningkatkan kualiti guru-guru di institusi tersebut.
“Kerja menaiktaraf kampus-kampus lama Brainy Bunch dan naik taraf kualiti guru kami akan menjadi fokus utama saya. InshaAllah kewangan Brainy Bunch akan pulih sepenuhnya sebelum akhir tahun ini,” tambah beliau.
Beliau turut mengharapkan doa dan sokongan semua pihak untuk memastikan Brainy Bunch kembali ke landasan yang terbaik dalam menerajui transformasi pendidikan Islam demi masa depan anak-anak.
“Saya mohon doa dan sokongan semua untuk Brainy Bunch kembali ke landasan yang terbaik menerajui transformasi pendidikan Islam demi masa depan anak-anak kita.
“Semoga Allah memberkati kita semua dengan panduan dan bantuan demi perjuangan mengejar redhaNya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






