Finas diarah kaji semula syarat wajib tayang filem tempatan
KUALA LUMPUR – Kementeri Komunikasi mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengkaji semula syarat wajib tayang yang diberikan kepada penerbit filem tempatan.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut menjadi antara usaha penambahbaikan yang perlu dikaji semula bagi memastikan kualiti filem tempatan dipertingkatkan.
Beliau berkata, kelayakan mendapat hak tayangan di pawagam itu menyebabkan ada penghasil filem di negara ini yang menghasilkan produksi sekadar ‘cukup syarat’.
“Ada tiga perkara penting dalam penambahbaikan ini. Pertama skim waijb tayang itu sendiri, penulisan skrip dan aspek pemasaran sebelum sesebuah filem ditayangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di ibu negara, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohd Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Program anjuran FINAS dan Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) berkenaan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha pawagam berkongsi peluang berkenaan cabaran dan isu semasa dalam industri pawagam di negara ini.
Dalam pada itu, Fahmi berharap lebih banyak filem tempatan dapat menembusi pasaran luar negara terutama negara-negara ASEAN.
“Ini seiring dengan kelayakan Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN2025 dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







