BERITA SEMASADALAM NEGERI

FELDA komited lanjut rundingan dengan kerajaan Terengganu

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung isu melibatkan perkongsian keuntungan dan penstrukturan semula pegangan aset.

Menurut FELDA, perkara tersebut telah dibincangkan secara rasmi dalam beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, selaras dengan proses dan tatacara yang ditetapkan.

“Dalam mesyuarat terakhir pada 2 Oktober lalu, kedua-dua pihak bersetuju memberikan tempoh 40 hari bagi mencari formula penyelesaian terbaik serta memperkukuh semangat kerjasama secara konstruktif,” katanya melalui kenyataan Jabatan Komunikasi Strategik FELDA hari ini.

Menurut FELDA, perkara tersebut telah dibincangkan secara rasmi dalam beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, selaras dengan proses dan tatacara yang ditetapkan.

FELDA dalam kenyataannya menafikan dakwaan kononnya rundingan telah terhenti, sebaliknya menjelaskan proses perbincangan masih berjalan dalam suasana harmoni dan penuh semangat persefahaman.

“FELDA percaya rundingan seterusnya perlu diteruskan bagi merapatkan jurang pandangan antara kedua-dua pihak supaya penyelesaian yang adil dan menyeluruh dapat dicapai,” jelas kenyataan itu.

FELDA juga menegaskan komitmen untuk menyelesaikan isu berkenaan secara profesional dengan mengambil kira hak serta kepentingan Kerajaan Negeri Terengganu, di samping memastikan kebajikan peneroka dan kelestarian ekosistem perladangan terus terpelihara.

“Melalui pendekatan berhemah, saling menghormati dan berteraskan nilai MADANI, FELDA yakin penyelesaian yang adil, mampan dan berpaksikan kesejahteraan bersama dapat direalisasikan,” tambah kenyataan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button