
Fasha Sandha kekal jadi duta Alfaro peragakan koleksi raya 2025
KUALA LUMPUR – Jenama fesyen yang semakin mendapat perhatian di Malaysia, Alfaro mengumumkan aktres terkenal, Fasha Sandha kekal menjadi duta jenama berkenaan buat tahun ketiga.
Menyatakan kesetiaannya terhadap jenama Alfaro, Fasha berkata, jenama tersebut menawarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan dan ianya berbaloi dengan kualiti yang diterima pembeli.
“Memang ada banyak tawaran lain tapi saya kekal memilih Alfaro. Bukan semata-mata kerana menjadi duta, tapi memang saya pakai baju ini sebab sukakan setiap perinciannya.
“Sebab itu saya masih setia dengan Alfaro. Lagi satu, harganya juga tidak terlalu mahal dan ramai orang mampu untuk memilikinya. Kita bayar untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.
“Selain itu, Alfaro ini dekat dengan pengguna sebab harga pakaiannya yang tidak terlalu murah dan mahal serta ianya berbaloi,” katanya ketika ditemui media selepas pertunjukan fesyen eksklusif Alfaro bagi koleksi raya 2025 baru-baru ini.
Mengulas dengan lebih lanjut, Fasha berkata, setiap tahun, Alfaro akan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama anak-anak yatim dengan memberikan baju raya percuma.
“Memang Alfaro ada buat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama anak-anak yatim dan apa yang lebih menarik kalau mereka memberi hadiah kepada anak yatim ini mereka tidak bagi baju lama, saya sendiri bersama mereka untuk pilih,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas Alfaro, Farooq Ahmad berkata, koleksi yang dipertontonkan menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan satu padanan yang penuh gaya serta sentuhan moden.
“Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan,” katanya.
Farooq menambah, sebagai bukti kepada komitmennya terhadap kualiti, Alfaro telah dianugerahkan pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti pada tahun lalu.
“Dalam koleksi Raya 2025 ini, Alfaro telah memastikan rekaannya mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.
“Koleksi ini menawarkan gaya yang lebih elegan untuk semua serta pilihan pakaian yang inklusif untuk pelanggan dengan saiz lebih besar.
“Setiap reka bentuk disusun dengan tema yang konsisten, memastikan gabungan warna yang serasi serta reka bentuk yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang berbeza,” katanya.


Selain itu, jelas Ketua Pegawai Operasi Alfaro, Muhammad Irfan, pada tahun ini, pihaknya turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini.
“Fabrik yang digunakan adalah pilihan premium yang dipilih dengan teliti untuk memastikan kualiti yang terbaik.
“Di samping itu, teknik jahitan yang canggih dan teliti digunakan oleh tukang jahit yang berkemahiran tinggi di luar negara, menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik tetapi juga tahan lama dan selesa dipakai,” katanya.
Sebagai rekod, Alfaro mempunyai hampir lapan cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh.
Pelanggan juga boleh membeli koleksi ini secara dalam talian melalui platform seperti TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasmi Alfaro.
Alfaro juga menawarkan aplikasi yang membolehkan pelanggan menikmati pelbagai manfaat serta pilihan pembayaran yang fleksibel melalui Shopee PayLater, yang turut disertakan dengan potongan harga menarik.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |